Pages

Follow me

Wednesday 29 April 2015

"Ok"="k"

Assalamualaikum..

Kita excited hantar mesej kat orang apa yang diharapkan dia pun dapt msg kita dibalas juga dengan excited...tapi aku selalu hantar mesej panjang-panjang dan orang yang aku harapkan balas dengan excited tapi dia tak excited pun. Apa yang dapat jawapan "k" je. 


Contoh situasi:

Dibalas dengan tak excited. Kadang-kadang malu jugak weiii. Tanya macam wartawan tapi.. "K" je yang dapat.

Gegurl: hai dah makan ke? (Setengah jam diam) makan apa tadi?buat apa tu?
Boboy: k

Dibalas dengan excited. Ni baru excited. Orang tanya makan je. Siap dengan minum dia jawab.

Gegurl: hai dah makan ke?(tak sampai 1 minit reply) 
Boboy: sudah tadi balik kerja terus makan dengan member. Pastu minum petang sekejap sambil sembang-sembang dengan member.


Contoh situasi:

Dibalas dengan excited:

Gegurl: u tau tak petang tadi i pegi mall. Pastu i tengok banyak sale. Then i beli semua.
Boboy: wahhh.. Banyak ke u beli? (siap buat ikon tanjat lagi) apa yang u beli? Cite la kat i.

Dibalas dengan tak excited:

Gegurl: u tau tak petang tadi i pegi mall. Pastu i tengok banyak sale. Then i beli semua.
Boboy: "k"

Mesti korang pun rasa macam aku rasa juga. Ye la kita kan manusia biasa je. Kita bukan main nak pecahkan tembok batu kadang-kadang kita mulakan conversation dengan harapan conversation dua hala. End up jawapan daripada jalan cerita yang kita dapat "k" je.. Mesti rasa terkilan kan? (Bisik dalam hati: aku bukan main lagi nak borak dengan dia tapi tu je jawapan yang dapat) tapi takpe la aku kan gadis manis berfikiran positif.. Xpela aku tulis panjang-panjang leh excersise jari aku. 

Ataupun mungkin malas nak jawab atau ada kerja lain yang lebih penting dari jawab text yang excited tadi. Tapi jawapan k tu sebenarnya buat orang rasa:

Eh aku ni kepoh xpun jemah  sangat ke?

Eh dia tak suka aku tanya ke?

Dia kecik ati dengan aku ke?

Eh dia menyampah dengan aku ke?


Kita nak reply balik pun dah mati akal. Kalau nak discuss sesuatu tetapi dibalas dengan "k" je, kita yang kononnya nak ice breaking terus jadi ice block. Mana mana nk continue conversation sbb "k" tu dah jadi limitation. Conversation akan stuck kat "k" ataupun "ok".

Orang ni bukan main excited hantar mesej kat dia selalu harap dibalas excited juga. Paling kurang pun letak l tanda smiley atleast kite xde rasa macam kite ni mengganggu... Tapi jawapan yang dapat "k" je.. Kita tanya soalan huruf apa selepas y? Soalan yang ditanya tu pun dia jawab "k". Tapi kita mesti positifkan diri xpelah labu keyboard dia ada huruf k je", mungkin dia dah terbiasa jawab k kalau orang tanya, ataupun dia dah taip panjang-panjang tapi terpadam yang dapat diselamatkan hurf k je.. So xpelah.. Kadang-kadang "k" atau "ok" tak kena situasi buat orang salah paham. K buat orang "K"ecik hati.

Enjoy reading :)

0 comments:

Post a Comment